Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kain sutera itu diperbuat daripada ulat sutera atau Kain sutera itu diperbuat dari ulat sutera, mana satu betul ?Ayat yang betul ialah "Kain sutera itu diperbuat daripada sutera"Tatabahasa25.03.2023
Adakah "ikat limar" , iaitu suatu teknik ikatan kain sutera adalah kata nama khas?Perkataan "ikat limar" merupakan kata nama am.Lain-lain07.06.2022
1) Apakah perbezaan antara hingga dengan sehingga? 2) Pada minggu hadapan atau pada minggun depan? 3) Diperbuat daripada sutera atau kain sutera? 4) Apakah perbezaan antara kata hubung gabungan dan dengan manakala? Terima Kasih !
1. "Hingga" dan  "Sehingga" - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.

2. Cadangan penggunaan yang betul ialah "Diperbuat daripada sutera".

3. Kata "dan" merupakan kata hubung gabungan yang berfungsi menggabungkan dua ayat yang setara, iaitu kedua-dua ayat merupakan ayat utama.  Kata hubung "dan" tidak boleh berada di pangkal ayat. Pada kelazimannya, kata hubung "dan" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana.

"Manakala" merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Manakala"  boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”
Tatabahasa22.01.2022
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat berikut; Hassan menggunakan galah untuk ___ dahan pokok yang sekah itu. A mengait B mencantas Adakah ayat-ayat ini betul 1. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. 2. Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera. 3. Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.Jawapan yang sesuai ialah mencantas. Ayat 1 dan 2 betul. Ayat ke-3, Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang.  Tatabahasa12.09.2008
Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah?Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut.Lain-lain08.07.2010
Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut.
Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu:


bolt2
n
 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak2. metal bar or rod in lock, kancing3. fastening rod or screw to take a nut, bolt4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera;


Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut.

Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard. 

Makna17.12.2023
apakah istilah penggunaan yang betul: batik sutera atau sutera batik. Adakah perbezaan?Frasa yang betul ialah "sutera batik" kerana yang diterangkan ialah sutera (kain) dan yang menerangkannya ialah batik. Namun begitu frasa "batik sutera" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa19.09.2012
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih.

Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini.

Tatabahasa25.03.2010
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"?Salam sejahtera,

TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita

TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar.


Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.08.2017
12

Kembali ke atas