Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kain sutera tenunan Cik Esah, Pakai pula budak seberang; Dari berdua baik tak usah, Biarlah tentu saya seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain sutera di dalam raga, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak boleh lupa, Lupa sekejap di dalam tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Baju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |