Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil.ke.ci.lan] | کچيل-کچيلن

Definisi : berkecil-kecil, tidak secara be­sar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cil.ke.ci.lan] | کچيل-کچيلن

Definisi : dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artisanal fisherypenangkapan kecil-kecilanPerikananTiadaAktiviti menangkap ikan yang dijalankan pada skala kecil bagi keperluan makanan dan sumber pekerjaan kepada penduduk setempat. Objektif utama penangkapan kecil-kecilan adalah untuk memastikan penduduk setempat berkongsi sumber perikanan. Melalui aktiviti ini, nelayan menggunakan peralatan tradisional dan penangkapan ikan dilakukan secara harian. Pelbagai teknik penangkapan digunakan berdasarkan sumber, persekitaran dan musim yang berbeza.
small-scalekecil-kecilanEkonomiTiadaTiada
mom and pop operationkendalian mama dan papaPelanconganTiadaPerniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama-sama ahli keluarga.
fringe theaterteater pinggirKesenianDrama dan TeaterBentuk persembahan yang bergerak secara kecil-kecilan untuk menegaskan kelainan pemikiran berbanding teater arus perdana. Berbeza dengan teater arus perdana teater pinggir tidak mementingkan panggung tetap dalam usaha membawa seni mereka kepada khalayak.
minipreneurusahawan miniPerniagaanTiadaIndividu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan asas dan modal terhad.
press (printing machine)mesin cetakKejuruteraanTiadaSebarang mesin operasi tangan yang digunakan untuk pemprufan atau pencetakan kecil-kecilan.
newspaper vendorpenjaja surat khabarKomunikasiTiadaOrang yang menjual surat khabar dan bahan penerbitan lain secara kecil-kecilan. Beliau memperoleh bekalan surat khabar daripada wakil pengedar yang dikenali sebagai pengedar akhbar. Biasanya, tugas seperti ini selalu dikaitkan dengan penghantaran surat khabar dari rumah ke rumah.
country traderspedagang persendirianSejarahTiadaPedagang yang bergerak dari satu daerah ke satu daerah yang lain dan berniaga secara kecil-kecilan.
allotmentpemetakanPertanianAgroteknologiPenyediaan petak-petak kecil berukuran 50 hingga 400 meter persegi yang dibuat untuk menjalankan aktiviti perkebunan secara kecil-kecilan bagi keperluan sendiri. Petak-petak ini biasanya disewakan kepada keluarga atau individu dalam sesebuah komuniti oleh kerajaan tempatan atau koperasi. Contohnya, pemetakan telah dimasukkan dalam rancangan buku hijau yang bertujuan untuk menggalakkan penanaman sayur-sayuran hijau.
clandestine movementgerakan sulitSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro.
12

Kembali ke atas