Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.ju.ran] | کجوجورن

Definisi : perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.ju.ran] | کجوجورن

Definisi : sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rectitudekejujuranPentadbiranTiadaTiada
honestykejujuranKesenianTiadaTiada
intellectual honestykejujuran intelekPendidikanTiadaTiada
allusionalusiKesusasteraanPuisiRagam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
duty of honesty and good faithkewajipan kejujuran dan keikhlasanUndang-undangTiadaTiada
utmost good faithpenuh percaya mutlakinsuransTiadaSyarat insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada insured dan insurer.
utmost good faithpenuh percaya mutlakPentadbiran PerniagaanTiadaSyarat insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada pihak yang diinsuranskan dan insurer.
veritismjujur lakonKesenianDrama dan TeaterPrinsip lakonan dalam kaedah Stanislavski yang mementingkan kejujuran gaya lakon yang berlawanan dengan gaya berlebih-lebihan.
cynicismsinisismeKesusasteraanTiadaKecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang.
cynicismsinisismeSejarahTiadaKecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang.
12

Kembali ke atas