Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kua.sa.an] | ککواساءن

Definisi : 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kua.sa.an] | ککواساءن

Definisi : kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Peribahasa

Memakai kulit harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
haqqhakPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu, entiti atau jawatan. Kekuasaan ini diberi oleh individu terhadap individu tertentu atau harta tertentu. Contoh kekuasaan bagi individu terhadap individu tertentu ialah hak penguasaan (wilayah) ibu bapa terhadap pendidikan anak-anaknya dan hak perwalian dalam perkahwinan. Contoh kekuasaan individu terhadap harta tertentu ialah hak pemilikan (haqq milkiyyah) dalam kes pemunyaan suatu harta, hak menikmati barang sewaan (haqq intifa‘), hak memiliki (haqq tamalluk) dalam kes hak shuf‘ah, hak penguasaan terhadap harta (haqq wilayah ‘ala mal) dalam kes pentadbiran harta anak-anak yang masih kecil oleh penjaga atau ibu bapanya atau kes pengurusan harta anak yatim. Contohnya, dalam jual beli, penjual berhak mendapatkan wang daripada pembeli dan pembeli berhak mengembalikan barangan yang dibeli sekiranya didapati rosak setelah diterima daripada penjual. Sinonim sultah, haqq intifa‘,haqq milkiyyah, haqq wilayah ‘ala mal.
fourth statekekuasaan keempatKomunikasiTiadaGelaran kuasa yang diberikan kepada pihak akhbar kerana kekuatan pengaruhnya sehingga mampu mengubah sikap, pandangan dan perlakuan masyarakat. Gelaran ini diberikan pada tahap keempat kerana kekuasaan pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimiliki oleh lembaga eksekutif, perundangan dan pengadilan.
patrilineal societymasyarakat patrilinealSejarahTiadaMasyarakat yang berpegang kepada amalan memberikan kekuasaan kepada bapa sebagai ketua keluarga dan segala kekuasaan ini diwarisi berasaskan keturunan bapa.
patriarchal societymasyarakat kuasa bakaSejarahTiadaMasyarakat yang berpegang kepada amalan memberikan kekuasaan kepada bapa sebagai ketua keluarga dan segala kekuasaan ini diwarisi berasaskan keturunan bapa.
autarchykekuasaan mutlak/autarkiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
powerkuasa; kekuasaanGeografiTiadaTiada
powerkuasa; kekuasaanMatematikTiadaTiada
powerkuasa; kekuasaanPentadbiranTiadaTiada
powerkuasa; kekuasaanKejuruteraanTiadaUkuran kuantitatif bagi kadar kerja dilakukan atau kadar tenaga dipindahkan. Unit ukurannya dalam sistem SI ialah joules sesaat J/S, yang dinamai watt W.
powerkuasa; kekuasaanSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas