Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu] | کلو

Definisi : 1. tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yg ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebab­kan tidak dapat berkata-kata; ~ diri men­diamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu] | کلو

Definisi : tidak dpt menggunakan lidah utk berkata-kata (kerana takut atau terperanjat). mengelukan menyebabkan tidak dpt berkata-kata; menjadikan kelu. terkelu terdiam tidak berkata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelu (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemab: diam, bisu, bungkam, senyap, gagu,

2. Bersinonim dengan bingung: sangat bodoh, bahlul,

Kata Terbitan : mengelukan, terkelu, kekeluan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tongue-tiedadj (fig.) lidah kelu: he was ~ with embarrassment, lidahnya kelu krn malu; he was completely ~ when the king addressed him, lidahnya betul-betul kelu apabila raja menegurnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
choke~ with, terbelahak-belahak; (emotion) kelu lidah: he was choking with laughter, dia ketawa terbahak-bahak; to ~ with anger, kelu lidah krn marah; ~ st with, (usu pass.) penuh sesak dgn: all the main roads are ~d with traffic at this time of the day, pd waktu-waktu begini, semua jalan raya utama penuh sesak dgn lalu lintas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tonguelose o’s ~, tdk ada mulut, kelu lidah, tdk boleh bercakap: say something will you. Have you lost your ~?, cakaplah sedikit. Apakah kamu sudah tdk ada mulut?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
with10. because of, kerana, (oleh) sebab: his face was white ~ terror, mukanya pucat kerana ketakutan; he was trembling ~ cold and exhaustion, dia menggeletar kerana kesejukan dan keletihan; he was speechless ~ surprise, lidahnya kelu kerana terperanjat; he is in bed ~ flu, dia terlantar di katil kerana demam selesema;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
failvt 1. be unsuccessful, gagal, tdk lulus: she ~ed her driving test, dia gagal dlm ujian memandunya; 2. declare as unsuccessful, menggagalkan, mengandaskan: the teacher ~ed nearly twenty percent of the class, guru itu menggagalkan hampir-hampir dua puluh peratus murid dlm kelas itu; 3. disappoint expectations of (so.) at time of need, mengecewakan; (of voice) tdk keluar; (of legs) menjadi lemah: I’m sure he won’t ~ me, saya pasti dia tdk akan mengecewakan saya; her legs ~ed her and she sat down suddenly, kakinya menjadi lemah dan dia cepat-cepat duduk; so’s courage ~ so., sso hilang semangat; so’s memory ~ so., sso tdk mengingat sst; words ~ me, lidahku kelu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas