Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farm familykeluarga petani/keluarga peladangGeografiTiadaTiada
biological familykeluarga biologi; keluarga asasKependudukanTiadaTiada
family strengthkekuatan keluargaKejururawatanTiadaCiri-ciri kelebihan keluarga untuk mengurus kesihatan keluarga dengan jayanya.
family dynamicsdinamik keluargaKejururawatanTiadaKuasa atau daya moral ahli keluarga yang mengakibatkan perubahan keluarga.
family formal rolesperanan formal keluargaKejururawatanTiadaTanggungjawab yang diamanahkan secara jelas kepada ahli keluarga untuk mengekalkan fungsi keluarga.
familykeluargaSosiologi KeluargaTiada-
stepfamilykeluarga tiriSosiologi KeluargaTiada-
broken familykeluarga pecah-belah; keluarga porak-perandaKependudukanTiadaTiada
accordian familykeluarga akordianSosiologi KeluargaTiada-
adoptive familykeluarga angkatSosiologi KeluargaTiada-
12345678910...

Kembali ke atas