Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan marah; kegusaran (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
provocationprovokasiSejarahTiadaPerbuatan yang membangkitkan kemarahan atau hasutan atau ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya dalam keadaan negara yang tidak stabil.
web ragebengang webTeknologi MaklumatTiadaKekecewaan dan kemarahan pengguna apabila mencapai web. Ia disebabkan oleh perkara seperti pelayan yang sibuk, pautan yang hilang dan tapak web yang tidak direka bentuk dengan baik. Lihat juga pautan reput
felt conflictkonflik rasaPentadbiranTiadaPenglibatan emosi dalam sesuatu pergeseran yang mewujudkan ketegangan, kekecewaan, kemarahan dan juga kebimbangan.
dramatic monologuemonolog dramatikKomunikasiTiadaWatak yang melafazkan dialog panjang secara bersendirian untuk menunjukkan rasa kemarahan atau kekecewaan dengan gaya penyampaian yang menarik.
verse satiresatira puisiKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandung pernyataan yang menimbulkan ketawa, dan juga dapat menimbulkan kemarahan.
flame baitumpan baraTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran kepada senarai mel, kumpulan berita atau persidangan dalam talian yang lain dan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan ahli kumpulan perbincangan tersebut. Biasanya, umpan bara ini dilakukan untuk menimbulkan topik yang emosional dan kontroversi.
paroxysmalparoksismeBiologiFisiologi1. Serangan penyakit dari semasa ke semasa. 2. Emosi atau perasaan yang hebat/ keras dan berlaku dengan tiba-tiba seperti kemarahan. 3. Sebarang konvulsi seperti dalam keadaan yang amat sakit.
cataplexykatapleksiPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan dengan kelemahan otot dan hipotonia (kelemahan tonus) secara tiba-tiba, yang biasanya dicetuskan oleh rangsangan emosi, seperti kemarahan, ketakutan dan keterperanjatan. Keadaan ini juga kerap kali mengiringi narkolepsi.
bhavabhavaMuzikTiada

 Emosi yang berkaitan dengan raga. Contoh bhava termasuklah kekecewaan, kemarahan, kelucuan, cinta, kasihan, ketakutan, kesepian dan ketakjuban. Lihat juga raga.

catharsiskatarsisPsikologiPsikologi UmumTindakan menyalurkan perasaan marah dan tegang terhadap perkara lain yang tidak mendatangkan bahaya supaya tidak dipendamkan sehingga memudaratkan diri. Contohnya, seorang bapa yang memarahi anaknya yang ponteng sekolah akan melepaskan kemarahan tersebut kepada rakan sekerjanya.
12

Kembali ke atas