Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.han] | کصحن

Definisi : perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wujud tak perkataan keesahan atau kesahan?apa perkataan asal tanpa imbuhannya?maksud bagi perkataan berkenaan? Wujud tak perkataan penjalanan?Perkataan "kesahan" wujud dalam bentuk kata bahasa Melayu dan bermaksud perihal sah atau sah tidaknya sesuatu perkara.  perkataan "penjalanan" tidak ada dalam bahasa Melayu.Tatabahasa08.04.2009
Saya dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sedang menulis buku tentang penyelidikan kualitatif. Apabila saya menggunakan khidmat Carian Kata DBP terdapat dua ejaan bagi senarai istilah "validity" dalam BM iaitu "keesahan" dan "kesahan" sedangkan penggunaannya dalam BI membawa maksud yang sama. Ejaan yang manakah betul? Terima kasih.

Prof. terima kasih kerana menggunakan KNBDBP,

Saya telahpun melihat kamus yang memberikan kedua-dua makna tersebut dan saya pun keliru juga jadinya. Namun setelah melihat istilah bagi kedua-dua perkataan tersebut jelas ada sedikit perbezaannya, iaitu validitity membawa makna kesahan manakala keesahan pula diberikan sebagai legitimacy. Pada pandangan saya bahasa Inggerisnya adalah lebih jelas.

Istilah24.03.2009
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang satu kekeliruan yang agak mengganggu saya, yakni berkenaan penggunaan istilah bahasa Malaysia dan bahasa Melayu. Saya hanya ingin mendapatkan kesahan sama ada pertukaran istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia sudah berkuat kuasa. Saya menghadapi kekeliruan ini apabila membaca Pelita Bahasa keluaran Ogos 2007. Pada bahagian nota editor, dikatakan bahawa istilah b. Melayu sudah ditukar kepada b. Malaysia, namun mengapa pula istilah b. Melayu masih digunakan dalam artikel-artikel keluaran ini? Dan saya juga bertanya kepada pensyarah saya dan beliau juga mengatakan bahasa istilah b. Melayu tidak ditukar kepada b. Malaysia. Saya amat keliru dan diharapkan pihak DBP dapat membantu. Terima kasihSelagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Istilah04.12.2007
Apkah maksud keesahan soalan. Perkataan Keesahan itu apakah maksudnya?Esa bermaksud satu, tunggal. Keesahan bermaksud sifat tunggal. dalam konteks yang dikemukakan sepatutnya kata yang sesuai ialah kesahan daripada kata sah yang bermaksud lulus pada sisis undang-undan, benar,pasti, nyata. Makna31.01.2008
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464

Cadangan padanan istilah seperti yang berikut:
1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan.

2. Trustworthiness - kebolehpercayaan

3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan

4. Confirmability – sah/kesahan

5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan

6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik

Penyemakan dan penterjemahan26.10.2015
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai merupakan sumber semula jadi dalam ia mempunyai banyak ekosistem contohnya ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Kepentingan sungai kepada masyarakat mempunyai beberapa utama iaitu sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir ke gunung dan lalu ke tanah selepas itu air akan menjadi sedap dan bersih dan lalu ke sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar akan mempunyai banyak ekosistem yang besar dan mempunyai banyak ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan protein, 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih.Bentuk ayat yang betul ialah:
1. Sungai merupakan sumber semula jadi yang mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain.
2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, itulah hari penamat bagi manusia.
3. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat termasuklah sebagai sumber air kepada kita.
4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir dari gunung ke tanah selepas itu dan sungai.
5. Sungai yang bersih dan besar mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang dan lain-lain.
6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak.  (semak kesahan fakta ini)
7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan sumber protein.
8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk menyemak penggunaan kata dan ketepatan ayat yang dibina.
Lain-lain27.11.2017
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017

Kembali ke atas