Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.pur.na.an] | کسمڤورناءن

Definisi : perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.pur.na.an] | کسمڤورناءن

Definisi : keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa itu keutuhan wacana?Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna27.02.2007
Adakah wujudnya istilah Bahasa Melayu bagi "Perfectionist" selain daripada mementingkan kesempurnaan? Adakah boleh digantikan dengan istilah perfeksionis untuk penulisan saintifik?Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi istilah perfectionist.

Sebagaimana yang puan maklum, perfectionist diterjemahkan sebagai mementingkan kesempurnaan seperti yang terkandung dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
Istilah21.10.2020
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
Memerlukan pennerangan berkenaan 'Ciri-ciri keutuhan wacana'Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Oleh itu, ciri-ciri keutuhan wacana boleh dilihat dari segi kelseluruhan wacana termasuklah bahasa dan penanda wacana yang digunakan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan antaranya; Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep Asas dan Falsafah Pendidikan Negara (Abdul Rahman Haji Abdullah).Lain-lain24.03.2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya ingin mendapatkan terjemahan bagi istilah berikut dalam bidang psikologi: 1. nonperfectionist 2. perfectionistic strivings 3. perfectionistic concerns sekian, terima kasihDalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi istilah yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, perfectionist diterjemahkan sebagai mementingkan kesempurnaan seperti yang terkandung dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perfectionist.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2015
Apa makna perkataan "matang"Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);Makna01.09.2010
Assalamualaikum Tuan, Saya ucap jazakumullahu khairan atas perkhidmatan yang baik ini. Seterusnya ada satu penambahbaikan yang penting berkaitan huraian perkataan-perkataan tertentu yang ada hubungkait yang khusus dengan junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ , contohnya perkataan UMMI sepertimana dalam lamanweb, "ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad ialah seorang ~; " kalau guna ayat contoh tentang Nabi ﷺ maka hendaklah jaga Adab berkaitan Nabi, kerana pembaca akan merasa ada elemen merendahkan khususnya bila bagi contoh tentang nabi setelah menulis tidak berpendidikan, perlu jelaskan disitu bahawa Nabi dididikan oleh Allah ﷻ sendiri, dan bahawa sifat Ummi (buta huruf) pada orang lain adalah kekurangan tapi pada Nabi adalah kesempurnaan serta mukjizat kerana ilmu Nabi yang sempurna.Terima kasih kerana memberikan cadangan pembaikan takrif bagi kata pinjaman, khususnya bahasa Arab. Kami mengambil maklum berkaitan hal tersebut. Sebagai tambahan maklumat, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Makna17.07.2023
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci.Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima  secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku  menggunakan konsep  gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan  Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747.  Makna09.01.2008
Kepada Pihak DBP, nama saya saw, saya ingin bertanya soalan seperti yang saya lampirkan dalam pertanyaan ini. Maaf komputer tidak dapat taip perkataan berkenaan. Saya ingin tanya perkataan ini sama dengan "maqasid al-shariah"? atau merupakan istilah agama yang berlainan? Adakah istilah atau perkataan yang saya lempirkan bermauksud: "the attainment of good, welfare, advantage, benefits and warding off evil, injury, loss of the creatures"? Maaf, saya bukan muslim tetapi ingin tahu maksud.
Ya sama. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan frasa maqasid syariah dengan maksud tujuan yang dikehendaki oleh syarak dalam mensyariatkan suatu hukum untuk kemaslahatan umat manusia.

Secara ringkasnya, dalam agama Islam, lima aspek dalam maqasid syariah adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut hukum syarak iaitu  peraturan yang telah ditetapkan dalam agama ini. Maqasid syariah adalah untuk menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah, serta memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi di dunia dan akhirat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



 
Makna29.09.2023

Kembali ke atas