Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.pur.na.an] | کسمڤورناءن

Definisi : perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.pur.na.an] | کسمڤورناءن

Definisi : keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALPHA AND OMEGA

Alpha and Omega ialah ungkapan yang

digunakan untuk memberikan idea kesempurnaan,

atau “yang mula dan yang terakhir”. Kedua-dua

perkataan itu ialah nama huruf awal dan huruf

akhir dalam abjad Yunani.

UMUM 
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM 
PLOTINUS

Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu

falsafah Yunani yang dikenali sebagai

Neoplatonisme . Dia mengembangkan

Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat

Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa

dunia kebendaan adalah tidak benar, politik

merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh

adalah penjara sementara bagi rohani dan

kehidupan ini adalah pengembaraan melalui

khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam

kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu

sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan

keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang

suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia

kembali sebagai suatu yang menakjubkan.

Plotinus percaya dia pernah mengalami visi

tersebut.

UMUM 
AKIDAH

Akidah, keyakinan dan kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak bersekutu, serta mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran.

AGAMAKepercayaan
SURAH AL-NASR

Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana

isi kandungannya menceritakan mengenai

kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu

kemenangan besar ketika pembukaan kota

Makkah. Pada hari kemenangan ini jugalah

Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda

kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab

itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi‘

(selamat tinggal).

UMUM 
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 

Kembali ke atas