Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ru.pa.an] | کسروڤاءن

Definisi : kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ru.pa.an] | کسروڤاءن

Definisi : sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Tuan, adakah jejari juga bermakna jari-jari atau banyak jari? Sekian, terima kasih.Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. Makna18.05.2011
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
Adakah 'kata majmuk' merupakan sebahagian daripada 'frasa' kerana saya mendapati bahawa contoh yang diberikan untuk 'kata adjektif majmuk' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s:242) sama dengan contoh yang dikemukakan untuk 'frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s: 409) : Tatabahasa Dewan Edisi ketigaBetul, kata majmuk merupakan sebahagian daripada frasa.Tatabahasa06.03.2012
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasihKanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan.Tatabahasa24.09.2012
Salam sejahtera.saya memiliki kemusykilan dalam aspek tatabahasa.Adakah perkataan jari-jemari merupakan perkataan bentuk kata ganda dan adakah perkataan tersebut telah mengalami proses imbuhan apitan ataupun mengalami proses imbuhan sisipan 'em'.sedangkan,menurut 'Tatabahasa Dewan',tidak disenaraikan proses imbuhan sisipan bagi kata majmuk.Namun,kata majmuk menerima imbuhan yang lain melainkan imbuhan sisipan.Mohon pencerahan.Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.Tatabahasa26.01.2018

Kembali ke atas