Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : keadaan atau hal sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kesesuaian ayat ini: i) Bagi memperkukuhkan imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan berkaliber. ii) memerlukan perancangan rapidTukar kepada:
i) Memperkukuh imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan stabil
ii) Memerlukan perancangan yang rapi
Lain-lain11.09.2017
kesesuaian penggunaan "dalam bulan Disember" atau "pada bulan Disember"?Frasa yang betul ialah ...pada bulan Disember.Tatabahasa20.05.2015
Salam.. Kesesuaian ayat pada papantanda.. i) 'Selekoh Merbahaya' atau 'Selekoh Berbahaya'

Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.


Jadi, jawapan yang tepat ialah 'Selekoh berbahaya'

Tatabahasa11.11.2012
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih.Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
Tatabahasa13.04.2017
mohon pencerahan : kesesuaian penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". adakah kedua-duanya sama.Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, tuan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.07.2015
Salam sejahtera, Pohon semakan kesesuaian ayat bagi perkataan berikut: MENTRANSFORMASIKAN MINDA MASYARAKAT KE ARAH KEBERTANGGUNGJAWABAN TERHADAP KEPENTINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL. Mohon semakan bagi kesesuaian penggunaan ayat MENTRANFORMASIKAN. Adakah perkara tersebut sesuai dan boleh digunakan. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun ArashipPerkataan "mentransformasikan"  boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa21.10.2013
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti.Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu  Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat.Lain-lain22.01.2018
Mohon pandangan berhubung kesesuaian dan ketepatan penggunaan perkataan dalam cadangan tema majlis 'Melestari Inovasi, Memartabat Transformasi' Terima kasih.Tema "Melestari Inovasi, Memartabat Transformasi" adalah betul ejaan dan penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa05.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas