Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.taÖ.ju.ban]/[ke.tak.juban] | کتعجوبن

Definisi : perihal takjub, kehairanan, keka­guman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
takjub (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kagum, hairan, tercengang, terpesona, kaget, terperanjat, terkejut, pelik, aneh, ganjil, ajaib;,
Kata Terbitan : menakjubkan, ketakjuban,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landscape aestheticestetik landskapLandskapTiadaPerkara yang berkaitan dengan penghayatan termasuk keindahan, kekaguman dan ketakjuban dalam landskap.
the sublimesublimKesusasteraanTiadaKehebatan, keagungan dan martabat sesebuah karya sastera. Keagungan dari segi pemikiran dan falsafah, ketinggian perasaan, kehalusan bahasa dan susunan karya sehingga melahirkan kesan ketakjuban pada pembaca. Idea tentang sublim ini dipandang tinggi dan dibincangkan oleh penulis pada kurun ke-18. Walau bagaimanapun, sublim menjadi penting selepas tulisan Edward Burke yang menghujahkan bahawa sublim bukan terbit daripada sesuatu keindahan, tetapi terbit daripada gabungan perasaan takut, gerun, atau ketidakselesaan semasa berdepan dengan keluasan alam. Pandangan ini melahirkan teori estetik dan psikologi tentang sublim yang kemudiannya mempengaruhi ahli falsafah Jerman Immanuel Kant.
paradoxparadoksKesusasteraanTiadaPernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal.
bhavabhavaMuzikTiada

 Emosi yang berkaitan dengan raga. Contoh bhava termasuklah kekecewaan, kemarahan, kelucuan, cinta, kasihan, ketakutan, kesepian dan ketakjuban. Lihat juga raga.

ecstasykeghairahanKesusasteraanTiadaKeasyikan puitis yang dipenuhi dengan khayalan. Istilah ini amat penting dalam kajian fiksyen fantasi dan ghaib. Arthur Machen dalam Hieroglyphics menyamakan keadaan keasyikan ini dengan seorang pembaca yang dirasuk oleh keasyikan puitis, dan pembaca itu mengalami emosi yang kompleks seperti ketakjuban, kekaguman, dan keinginan kepada sesuatu yang penuh rahsia dan tidak diketahui. Emosi yang dialami ini diasosiasikan dengn realiti yang lebih mendalam dan terpendam. Kesan emosi ini penting untuk menghasilkan karya bercorak fantasi.

Kembali ke atas