Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.pa.tan] | کتڤتن

Definisi : perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.pa.tan] | کتڤتن

Definisi : perihal atau keadaan tepat; kejituan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 
SHURAYH AL-KINDIY

Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi

yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn

al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy.

Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman.

Sebahagian penulis menganggapnya daripada

kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang

penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang

thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn

Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain

lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya

ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy,

Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid

ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain.

UMUM 
ADDISON, THOMAS

Addison, Thomas (1793–1860) ialah doktor British

yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit

Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas

penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam

keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga

berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga

memerikan anemia Addison, yang kini dikenali

sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa

hayatnya, reputasi Addison terletak pada

kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan

guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada

pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal.

UMUM 

Kembali ke atas