Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN

Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat

keadaan monopoli dan gabungan dalam

industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini

beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk

perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi

perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk

kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali

dalam kes perbadanan berkanun yang mesti

dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri

yang berkenaan.

UMUM 
ABDUL RAHMAN ARSHAD, TAN SRIABDUL RAHMAN ARSHAD, Tan Sri (1936-     ), Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang ketiga (1985-1991).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PLANETARIUM NEGARA

Planetarium Negara ialah institusi penyelidikan

dan pendidikan sains angkasa. Ia dikendalikan oleh

Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di bawah

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,

Malaysia. Planetarium ini diketuai oleh Datuk Dr.

Mazlan Othman sebagai Ketua Pengarah yang juga

merupakan seorang ahli astronomi.

UMUM 
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO'ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937-     ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama.  Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957).  Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur.  Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu.BUDAYATokoh
HASSAN AHMAD, DATO'

Hassan Ahmad, Dato’  (1936-    ), tokoh bahasa, sastera dan penerbitan, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1976-1988).

BAHASATokoh
SHAHRUM YUB

SHAHRUM YUB, Dato’ (1934-     ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991).  Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949.  Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960).  Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun.  Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.

BUDAYATokoh
ZAM ISMAILZAM ISMAIL (1943-       ),  penulis. Dia lahir pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ismail bin Jamjam.  Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Bukit Zaharah dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim Perak hingga lulus Sijil Pelajaran Seberang Laut pada tahun 1961.  Kemudian dia memasuki Maktab perguruan Johor Bharu.  Setelah beberapa waktu mengajar, dia berjaya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya dan berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1971.  Dia mendapat ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1983 dari University of Northern Iowa, Amerika Syarikat.  Selepas itu, dia kembali berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Penolong Pengarah sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Penuntut Malaysia, di Jakarta pada tahun 1991.SASTERATokoh

Kembali ke atas