Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika panggilan hormat untuk ketua tentera ialah Yang Amat Mulia, apakah panggilan hormat untuk Ketua Polis Negara. Adakah Yang Amat Berbahagia atau Yang Amat Setia?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai data berkenaan hal tersebut. Mohon rujuk laman web ini (http://www.mosti.gov.my/wp-content/uploads/2.pdf) untuk lebih jelas.Lain-lain27.10.2015
ajutanajutan-pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan pentadbiranMakna28.06.2011
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam.

1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin.

2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. –  Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam.

3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya.

4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain.

5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu.

Tatabahasa11.11.2020
Mohon bertanya. Adakah perkataan Staf sesuai digunakan bagi merujuk semua individu dalam sesebuah organisasi? Apakah perbezaan perkataan sungguhpun dan walaupun dari konteks penggunaan. Terima kasih.1. Perkataan staf boleh digunakan bagi merujuk:

a.  Kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama); kakitangan. 
b.  Pegawai kanan yang memimpin atau yang mengatur tentera.

Berdasarkan dua maksud tersebut, perkataan staf boleh digunakan untuk merujuk individu dalam sesebuah organisasi.

2. Sungguhpun dan walaupun mempunyai makna yang sinonim dan itu bermaksud boleh digunakan kedua-duanya.
Lain-lain03.07.2015
"menyuruh orang menghimpunkan semua rakyat" ataupun "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakah lebih tepat. Apakah bezan kegunaannya "menyuruh" dan "menyuruhkan"Menyuruh dan menyuruhkan, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif. Menyuruh bermaksud memberi perintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Pihak tentera menyuruh pemandu membuka tempat simpan barang), manakala menyuruhkan bermaksud menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Sultan pun menyuruhkan utusan utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini). Berdasarkan makna, kedua-dua perkataan membawa maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun perkataan menyuruhkan banyak ditemukan dalam wacana klasik. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, sekiranya diambil daripada karya klasik perkataan menyuruhkan digunakan - "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakala dalam konteks wacana moden kata menyuruh digunakan  seperti "Ketua menyuruh pegawai sentiasa berwaspada ketika menjalankan tugas".Tatabahasa25.04.2023

Kembali ke atas