Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSEVENI, YOWERI

Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan

ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda

pada tahun 1986. Dia ialah ketua National

Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan

kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari

1986.

UMUM 
ZIA’U AL-HAQ, MUHAMMAD

Zia’u al-Haq, Muhammad (1924–1988) ialah

ketua tentera Pakistan berpangkat jeneral,

pemimpin politik dan ketua negara Pakistan sejak

tahun 1977 sehingga dia meninggal dunia. Dia

lahir di Jawlandar yang kemudiannya dikenali

sebagai wilayah Punjab di India.

UMUM 
SARGON OF AKKAD

Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan

empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina

empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun

2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara

barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan

pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja

terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan

melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk

menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia

menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat

bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih

daripada 60 tahun.

UMUM 
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
MUJIBUR RAHMAN

Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana

menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari

1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib)

meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada

bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan

presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera

negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan

membunuhnya pada bulan Ogos 1975.

UMUM 
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996)

Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang

kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia

yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac

1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai

Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di

London. Abdul Hamid memulakan

perkhidmatannya daripada peringkat paling

rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus

Angkatan Tentera pada tahun 1969.

UMUM 
NORIEGA, MANUEL ANTONIO

Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua

tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983

hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989,

Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah

mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush,

tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan

leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera

Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh

Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri

kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke

Amerika Syarikat untuk perbicaraan.

UMUM 
DIONYSIUS THE ELDER

Dionysius the Elder (430?–367 SM) ialah raja

Greek yang zalim dan ketua angkatan tentera

yang memerintah Sicily purba hampir selama

40 tahun.

UMUM 
ALEXANDER OF TUNIS, EARL

Alexander of Tunis, Earl (1891–1969), ketua

tentera dan negarawan Inggeris dan merupakan

orang kelahiran Britain yang terakhir menjadi

Gabenor Jeneral Kanada.

UMUM 
MOUNTBATTEN, LOUIS

Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang

keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin

tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi

jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi

bersama British semasa Perang Dunia II (1939–

1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera

Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan

mengetuai penaklukan

semula Burma dan

Semenanjung Malaysia

daripada Jepun. Dia

kemudiannya menjadi

pemerintah samudera

pertama, peringkat

tentera laut yang

tertinggi di United

Kingdom. Sebagai

wizurai India, dia

membantu menguruskan

kemerdekaan negara

tersebut.

UMUM 
123

Kembali ke atas