Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khia.nat] | خيانت

Definisi : 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau men­celakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara; mengkhianati berbuat khianat kpd, mence­lakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khia.nat] | خيانت

Definisi : perbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat: Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khianat (adjektif)
Bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;,
Kata Terbitan : mengkhianat, pengkhianatan, pengkhianat,

Peribahasa

Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.

Bermaksud :

Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika khianat boleh menjadi mengkhianati dalam contoh, "Dia mengkhianati saya", bolehkah khidmat menjadi mengkhidmati dalam contoh, "Dia mengkhidmati saya"?. Jika tidak betul, apa alasannya?

Frasa "Dia mengkhidmati saya" boleh digunakan. Rujukan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa25.05.2023
Saya nak tanya soalan tentang pantun Apakah maksud pantun ini“Baik urat elok batangnya, elok batang tidak berulat;Baik adat elok orangnya,orang elok tidak khianat”?Pantun tersebut merupakan pantun adat daripada Khazanah Pantun Melayu Riau yang bermaksud adat yang membentuk tingkah laku manusia, orang yang baik tiada sifat khianat dalam dirinya.  Sastera17.06.2021

Kembali ke atas