Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khia.nat] | خيانت

Definisi : 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau men­celakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara; mengkhianati berbuat khianat kpd, mence­lakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khia.nat] | خيانت

Definisi : perbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat: Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khianat (adjektif)
Bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;,
Kata Terbitan : mengkhianat, pengkhianatan, pengkhianat,

Peribahasa

Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.

Bermaksud :

Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mischiefkhianatUndang-undangTiadaTiada
khiyar khiyanatpilihan khianatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli apabila wujud penipuan dalam akad jual beli amanah. Contohnya, penipuan yang terbukti dalam akad jual beli meliputi unsur gharar pada barangan jual beli, penipuan terhadap kecacatan barangan dan penipuan kos barangan. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, pembeli mempunyai hak untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga. Manakala mengikut mazhab Syafii dan Hambali, pembeli tidak mempunyai hak untuk memilih tetapi berhak menuntut pengurangan harga berdasarkan jenis pengkhianatan.
persecutory delusiondelusi khianatPerubatanPsikiatriKepercayaan seseorang yang tidak berasas bahawa terdapat individu atau organisasi yang cuba mengkhianati, menjalankan konspirasi atau ingin menganiayanya.
arsonarsonSains ForensikTiadaPerbuatan khianat dengan membakar harta secara sengaja.
power excursionekskursi kuasaFizikAtom dan NuklearPeningkatan kuasa keluaran suatu reaktor nuklear secara tidak terkawal dan mendadak. Keadaan ini mungkin berlaku kerana gangguan geometri terhadap sistem reaktor yang disebabkan kelemahan reka bentuk, gempa bumi, kesilapan manusia atau perbuatan khianat manusia. Kejadian ini boleh menyebabkan kemalangan seperti yang berlaku pada reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986.

Kembali ke atas