Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta] | کيت

Definisi : 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Jangan naik kereta kuda,
     Marilah kita berjalan kaki;
Jangan kita main cinta,
     Nanti kita makan hati.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa,
     orang memberi kita merasa.

Bermaksud :

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liberation of moonliberasi bulanMatematikTiadaBulan berputar sambil mengelilingi bumi justeru satu bahagian mukanya sentiasa menghadapi kita sepanjang masa. Oleh sebab bulan kelihatan berayun dan berliberasi maka kita dapat melihat 59% permukaan bulan sesuatu bulan itu, manakala 41% lagi itu terlindung daripada pandangan kita untuk selama-lamanya.
galactic nebulaenebula galaksiMatematikTiadaNebula yang terdapat dalam sistem galaksi kita atau berhampiran dengan galaksi kita.
absolute luminosityluminositi mutlakMatematikTiadaKecerahan yang mungkin diperlihatkan oleh sesuatu bintang jika jaraknya dengan kita sama seperti jarak matahari dengan kita.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
carpe diemcarpe diemKesusasteraanTiadaTema karya puisi Inggeris yang popular dalam abad ke-6 dan ke-7 yang berbunyi "Marilah kita bergembira hari ini kerana besok kita akan mati".
luminositykekilauanMatematikTiadaKecerahan mutlak bintang atau jasad samawi yang lain, yang biasanya dinyatakan dalam kiraan magnitud. Luminositi sesuatu bintang itu ialah nisbah jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari bintang itu berbanding dengan jumlah cahaya yang sampai kepada kita dari matahari, andai kata bintang dan matahari berada pada jarak yang sama dari kita.
Kapteyn Universealam semesta KapteynMatematikTiadaGalaksi kita yang menurut J.C. Kapteyn, ahli falak Belanda, terdiri daripada gugusan bintang yang besar dalam bentuk elipsoid kisaran yang leper dan diameternya kira-kira lima kali ketebalannya. Bintang berada rapat-rapat di bahagian pusat dan kian jarang ke arah sisi tanpa sempadan yang tetap. Galaksi kita ini dianggarkan mempunyai sebanyak 47 bilion bintang.
galactic centrepusat galaksiMatematikTiadaPusat graviti galaksi Bimasakti yang di sekelilingnya menjadi tempat matahari dan bintang-bintang lain dalam galaksi kita ini beredar. Pusat ini dikatakan terletak kira-kira 30 000 tahun cahaya dari matahari dari arah Saggitarus, pada longitud paksi 325 darjah dan dilindungi oleh awan bintang tebal dan nebula gelap daripada sistem suria kita.
rotation of galaxyputaran galaksiMatematikTiadaGalaksi kita berputar pada paksinya yang mengambil 225 juta tahun.
frequencyfrekuensiFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBilangan kita yang dilengkapkan oleh suatu kuantiti berkala dalam satu unit masa.
1234567

Kembali ke atas