Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, selamat pagi. Saya ingin bertanya mengenai kata sendi: oleh dan daripada. Terdapat banyak produk hasilan yang diberikan oleh lembu kepada kita. 1. Adakah ayat ini gramatis? 2. kata sendi oleh, adakah betul? atau perlu digantikan dengan daripada? Mohon pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

Ayat yang gramatis ialah Terdapat banyak produk yang dihasilkan daripada lembu untuk kita.

Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan.

Tatabahasa29.10.2021
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih.Ayat yang tepat:

1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan)
2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa.
3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil.
Tatabahasa17.07.2018
1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul?Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan.
1.Kita mesti lintas di lintasan belang.
2.Kita mesti lintas  jalan di lintasan belang.
Tatabahasa03.05.2013
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati.

Saudara Ang,

Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. 

Tatabahasa15.03.2010
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:


1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.


2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Tatabahasa03.04.2015
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Pilih jawapan yang sesuai? 1. ( Mereka , Kita ) anak Malaysia. 2. Ini Jalur Gemilang ( mereka, kita ).Jawapan yang betul ialah
1. Kita anak Malaysia.
2. Ini Jalur Gemilang kita.
Tatabahasa11.03.2022
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
Tatabahasa13.10.2015
Pengesahan kata Sendir 1. kita harus melihat perkara itu (dari / daripada) beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. 2. Puan Fatimah akan pergi ke London pada (musim dingin / musim sejuk) winter, musim dingin boleh pakai ker.1. kita harus melihat perkara itu dari beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan 2. Puan fatimah akan pergi ke London pada musim sejukTatabahasa14.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas