Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti ~ orang beli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Bulan Ramadan bulan puasa,
     Awal Syawal beraya kita;
Kita baru berkenal biasa,
     Berdondang sayang bermesra kita.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(52)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua". Jawapan ini diberi oleh Khidmat Nasihat DBP untuk soalan "Rumah Orang Tua-Tua" atau "Rumah Orang-orang Tua". Jika ...orang-orang tua... maka 'orang-orang' di sini bentuknya jamak? Namun, jika DBP ditanya, 'orang' atau 'orang-orang' untuk bentuk jamak, jawapannya 'orang' kerana 'orang-orang' hanya merujuk orang-orangan di sawah. Tidak bolehkah penggunaan sebenar diambil kira? Banyak orang menggunakan 'orang-orang' utk merujuk jamak. Kalau terlalu disempitkan penggunaannya, ini tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kalangan penutur.Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua, sama seperti Mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saudara boleh menggunakan orang atau orang-orang bagi menandakan jamak. Malah korpus bahasa Melayu kerap ditemukan perkataan orang-orang bagi menandakan jamak. Walau bagaimanapun kecenderungan sesetengah penulis yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa tidak menggandakan perkataan kerana maksud tunggal atau jamaknya boleh dilihat pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa31.05.2012
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasihKedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.Istilah27.07.2016
saya ingin bertanya tentang dibawah tentang translation dibawah....... We all = kita semua atau kami semua?Dalam bahasa Melayu kata ganti nama kami (orang yang bercakap) dan kita (orang yang bercakap dan sekalian yang hadir) telah bermaksud ramai.  Sila kenal pasti kata ganti nama yang tuan maksudkan dan penggunaan kami atau kita tidak perlu lagi diikuti kata semua.Tatabahasa06.01.2014
1. Mana yang betul, Bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia? 2. orang atau orang-orang untuk jamak/plural? (Dalam banyak tulisan - akhbar dan buku - 'orang-orang' digunakan untuk bentuk jamak.1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.
2. Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.
Tatabahasa31.05.2012
Mohon penjelasan tentang penggunaan istilah di bawah Ramai orang atau banyak orang. Kita kerap menggunakan ‘ramai orang’ tetapi ada juga saya mendengar masyarakat menggunakan ‘banyak orang’. Mana yang betul. Terima kasih.Menurut data kami, rangkai kata ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. Tatabahasa03.11.2021
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman

Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua.  Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Tatabahasa26.03.2014
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian.Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik.Lain-lain23.05.2014
Kita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ___ malu kepada orang tua kita. a. memberikan b. memberiKita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali memberi malu kepada orang tua kita. memberi di situ bermaksud mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan Tatabahasa08.07.2008
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya.Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.Makna04.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas