Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti ~ orang beli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Bulan Ramadan bulan puasa,
     Awal Syawal beraya kita;
Kita baru berkenal biasa,
     Berdondang sayang bermesra kita.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(52)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.
Kurik Kundi Merah SagaMarilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaJangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.
Kurik Kundi Merah SagaHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai.
12345678910...

Kembali ke atas