Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti ~ orang beli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Bulan Ramadan bulan puasa,
     Awal Syawal beraya kita;
Kita baru berkenal biasa,
     Berdondang sayang bermesra kita.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(52)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
encryptionpenyulitanTeknologi MaklumatTiadaProses menukar maklumat ke dalam kod atau sifer supaya orang tidak boleh membaca. Kunci rahsia atau kata laluan adalah diperlukan untuk menyahsulit atau menyahkod maklumat. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin menghantar mesej hello, satu cara untuk menyulitkannya adalah dengan menggantikan setiap huruf dengan huruf sepuluh di hadapannya supaya "hello" disulitkan menjadi "rovi". Teknik penyulitan yang lebih mantap ialah PGP, DES dan SSL.
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
crosstalkcakap silangTeknologi MaklumatTiadaKeadaan bila isyarat atau bunyi yang tidak sepatutnya kedengaran di dalam telefon atau alat komunikasi. Keadaan ini disebabkan oleh penggandingan konduktif, induktif atau kapasitans yang tidak diingini dari satu litar ke litar yang lain atau saluran ke saluran yang lain. Contohnya apabila kedengaran perbualan antara dua orang asing dalam talian telefon kita yang kedua-duanya tidak didail.

Kembali ke atas