Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.dit] | کريديت

Definisi : (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kré.dit] | کريديت

Definisi : /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kredit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pengiktirafan: penghargaan, penilaian, pujian,

2. Bersinonim dengan piutang: pinjaman, ansuran, kemudahan pinjaman.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
credit policydasar kreditPentadbiranTiadaDasar syarikat yang merangkumi tempoh kredit, piawai kredit, tatacara pungutan dan diskaun tunai.
credit squeezekeketatan kreditKejuruteraanTiadaKawalan kredit oleh pemerintah, bertujuan membuat kredit lebih sukar dan lebih mahal untuk diperoleh, dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi, sekatan-sekatan terhadap sewa beli dan peminjaman bank atau langkah-langkah lain yang sepertinya.
Secure Electronic Transaction (SET)transaksi elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang direka bentuk untuk menjamin transaksi kad kredit dalam Internet lebih selamat. Nombor kad kredit akan disulitkan supaya nombor kad kredit sukar dicuri oleh pedagang atau orang lain yang tidak bertanggungjawab. Hanya syarikat kad kredit yang boleh menyahsulit nombor kad kredit tersebut.
credit extension policydasar beri kreditPentadbiranTiadaDasar yang digariskan dalam pemberian kredit yang menerangkan tentang syarat pembayaran dan jumlah kredit kepada pelanggan.
credit card fraudpenipuan kad kreditKriminologiKeadilan JenayahPenipuan dan pemerdayaan yang melibatkan kad kredit, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau manfaat lain. Tindakan ini termasuklah aktiviti pengklonan, pengeluaran, pengedaran dan penyalahgunaan kad kredit palsu.
khitab i’timadsurat kreditPerniagaan IslamTiadaDokumen jaminan pembayaran oleh pihak yang memperoleh surat kredit kepada penjual. Khitab i’timad biasanya dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada pelanggan dalam urusan perdagangan antarabangsa yang mensyaratkan surat kredit sebagai kaedah pembayaran.
consumer creditkredit penggunaPentadbiranTiadaKredit yang diberikan kepada pelanggan terhadap sesuatu pembelian keluaran.
trade creditkredit perdaganganPentadbiranTiadaKredit yang diberi kepada pelanggan.
documentary creditkredit dokumenPentadbiranTiadaPerjanjian kredit antara bank dengan pengeksport, iaitu pihak bank bersetuju menerima bil pertukaran pengeksport sebagai penyuruh bayar.
revolving creditkredit pusingPentadbiranTiadaPeraturan kredit yang berpusingan, dan peminjam dibenarkan membayar balik sebahagian sahaja daripada hutang bagi sesuatu tempoh.
12345678910...

Kembali ke atas