semen quality | kualiti semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan. |
attainment area | kawasan capaian | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan yang kualiti udaranya melebihi standard kualiti udara kebangsaan, seperti yang digunakan di Amerika Syarikat. |
asset quality | kualiti aset | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tahap risiko kredit atau ketidakpastian yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam. Bagi menunjukkan kualiti aset, institusi kewangan Islam menggunakan pemboleh ubah A dalam ujian tekanan CAMEL (modal, aset, pengurusan, perolehan dan mudah tunai). Nisbah pembiayaan hutang tidak berbayar terhadap jumlah pembiayaan hutang akan digunakan sebagai pengukur pemboleh ubah A. Semakin tinggi nisbah ini, semakin rendah kualiti aset tersebut. Kualiti aset ini menjadi salah satu kriteria kekukuhan dan kestabilan institusi kewangan Islam selain kualiti modal, pengurusan, perolehan dan mudah tunai. |
in-process quality control (IPQC) | kawalan kualiti dalam proses (IPQC) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemeriksaan kualiti semasa pengeluaran untuk memantau dan menyesuaikan proses (jika perlu) bagi memastikan produk mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Tujuan kawalan kualiti dalam proses adalah untuk menghasilkan produk akhir yang sempurna dengan mengelakkan atau menghindarkan kesilapan pada setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Kawalan persekitaran atau peralatan juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kawalan kualiti dalam proses. |
quality control | kawalan kualiti | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah analisis statistik yang digunakan dalam pengeluaran hasil supaya kualiti keadaan hasil sentiasa sama dengan kualiti yang telah ditetapkan. |
quality assurance | jaminan kualiti | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sistem kualiti yang melibatkan semua aktiviti dalam suatu organisasi yang dirangka secara terancang dan sistematik untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jaminan kualiti produk herba merangkumi individu yang kompeten serta premis, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi. |
seed quality | mutu biji benih | Pertanian | Agronomi | Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan. |
semen examination | pemeriksaan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses penilaian semen selepas dikumpulkan. Pemeriksaan semen dapat menentukan kualiti semen. Contoh kualiti semen yang diperiksa adalah seperti isi padu, warna, kemotilan, keabnormalan, nisbah hidup kepada mati dan kepekatan. |
herbal quality control | kawalan kualiti herba | Herba | Tiada | Proses penentuan bahan mentah dan sediaan herba mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan bagi menjamin kesesuaian penggunaannya. Kawalan kualiti herba merupakan sebahagian daripada jaminan kualiti herba yang melibatkan pelbagai jenis analisis fizikal, kimia dan biologi. Contohnya, analisis makroskopi, mikroskopi, ciri deria, warna, spektroskopi, kromatografi, logam berat, mikrob, pestisid, gravimetri, assai dan sebagainya. |
undergraded feed | makanan kualiti rendah | Veterinar | Tiada | Makanan yang biasanya mempunyai kualiti yang tinggi tetapi telah mengalami penurunan disebabkan oleh sama ada disimpan terlalu lama atau ditambah dengan bahan lain yang berkualiti rendah. Contohnya, dedak padi yang disimpan lama atau yang ditambah dengan sekam akan mengalami penurunan kualitinya. Makanan jenis ini juga boleh mengalami penurunan kualiti disebabkan oleh perubahan musim atau keadaan tertentu seperti makanan yang terdedah dalam keadaan lembab. Contohnya, rumput yang dituai untuk dijadikan rumput kering, apabila terkena hujan akan mudah dicemari oleh kulat. Keadaan ini akan menyebabkan bahan makanan ini menjadi rendah kualitinya akibat pencemaran tersebut. |