Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Bahasa Daerah

KataTakrifBahasa Daerah
akaksejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula, santan, telur dan minyak sapi yang dibakar dengan menggunakan acuan.Kedah
anak tanggasejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus.Kedah
agaq-agaq liatsejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak bersama-sama gula, batu benang sila dan daun pandan.Kedah
agaq-agaq kerinsejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak dengan gula batu, dibekukan, dipotong nipis-nipis dan kemudiannya dijemur.Kedah
agaq-agaq gulongsejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar, gula yang dimasak pekat, dibekukan dan digulung.Kedah
agaq-agaq basahsejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dicampur dengan gula.Kedah
akaq menyusupsejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk “S” pautan dua akar bersilang.Kedah

Kembali ke atas