Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuih] | کوءيه

Definisi : penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacam­-macam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuih] | کوءيه

Definisi : makanan yg biasanya manis rasanya utk kudap-kudapan. kuih-muih bermacam-macam jenis kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti tepung di tangan pengadun.

Bermaksud :

Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fillinginti; isian; sarak; tampalan; tambakan; peninggian; pakan; pengisianPentadbiran PerniagaanTiada1.Inti: Isi daripada gula, kelapa dan lain-lain yang terdapat dalam kuih seperti kuih karipap dan koci.,2.Sarak: Isi ramuan yang dimasukkan ke dalam ketam, ayam dan lain-lain yang dimasak.
wire rackredai kuihPentadbiran PerniagaanTiadaJaringan besi yang digunakan untuk meletakkan kuih, biskut, kek dan sebagainya yang masih panas
paper cake-casesacuan kertas kuihPentadbiran PerniagaanTiadaBekas daripada kertas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan kuih sebelum dimasak.
Malaysian cakekuih-muih MalaysiaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cassolettekelongsong kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pastry ovendapur kuihKejuruteraanTiadaTiada
cake frillsropol kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cake serversudip kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cake tintin kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTin empat segi daripada loyang untuk membakar kek.
texture of caketekstur kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas