Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bakar; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih.Kamus Dewan Edisi Keempat
bahan1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas