Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.jur] | لاجور

Definisi : 1. deret (kedai, rumah, dll), baris, leret: Ruslan sedang asyik menarikan jari-jarinya di atas ~-~ huruf mesin taipnya; 2. baris­baris panjang (pd kain dll), jalur; 3. ruangan di antara dua baris, ruangan surat khabar; 4. barisan (pertahanan dll), garisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.jur] | لاجور

Definisi : 1 baris-baris panjang pd kain dll; jalur. 2 ruangan dlm surat khabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lajur (kata nama)
1. Bersinonim dengan deret: baris, leret,

2. Bersinonim dengan jalur

3. Bersinonim dengan ruang.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin memastikan sama ada perkataan "berenda" adalah perkataan formal yang tercatat dalam Kamus Edisi Keempat? Perkataan tersebut hanya wujud dalam lajur "takrif" tetapi tidak dinyatakan dalam lajur "kata". Sekian terima kasih.Perkataan berenda merupakan kata terbitan apabila menerima imbuhan be-.Kata akar perkataan berenda ialah renda. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, renda bermaksud sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju.Tatabahasa02.10.2013
format penulisan minit mesyuaratFormat minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993.Lain-lain17.01.2012
Saya ingin bertanya, dalam PRPM, ada pilihan bagi "Istilah MABBIM" dan terdapat tiga lajur, Istilah Indonesia, istilah Brunei dan Istilah Malaysia yang keluar sekiranya ditekan. Persoalan saya: 1) Adakah "Istilah Indonesia" yang dimaksudkan itu ialah istilah daripada bahasa Indonesia (ISO: ind) yang merupakan pecahan bahasa Melayu (ISO:msa)? 2) Adakah Brunei menggunakan piawaian bahasa yang sama seperti Malaysia, iaitu menggunakan Bahasa Melayu Piawai (ISO:zsm)? 2.1) Jika bukan, adakah terdapat contoh yang berbeza antara istilah dalam BM yang digunakan di Malaysia dan Bruneu? SEKIRANYA kedua-duanya sama, mengapa diwujudkan lajur istilah Brunei? 3) Bolehkah terangkan apakah perbezaan bagi bagi bahasa Melayu (zlm) dan bahasa Melayu piawai (zsm)? Adakah bahasa Melayu (zlm) berbeza dengan (msa) ? Mohon jawapan bagi kesemua persoalan tersebut. Sudah lama ia berrada dalam benak fikiran saya.Untuk makluman tuan, Istilah MABBIM terbina hasil daripada Sidang MABBIM. Anggota sidang telah bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Oleh itu, kita dapat lihat ada persamaan istilah antara ketiga-tiga negara dan ada juga istilah yang berbeza, dan kelazimannya Istilah Brunei dan Istilah Malaysia banyak persamaannya. Untuk orang awam cukup sekadar memilih Istilah Malaysia untuk digunakan dalam konteks negara kita. Khidmat Nasihat Bahasa tidak ada maklumat tentang piawaian bahasa Melayu Brunei serta perbezaan antara bahasa Melayu (zlm) dengan bahasa Melayu piawai (zsm). Melalui carian Internet tidak banyak maklumat tentang isu berkenaan dan Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyalurkan maklumat sahih daripada rujukan kami. Hal-hal yang memerlukan kajian rinci dan kajian kepustakaan perlu dirujuk kepada pihak yang berwenang yang membuat kajian tentang isu-isu berkenaan. Untuk makluman tuan, hal ehwal Sidang MABBIM ditangani oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kajian tentang isu-iau bahasa Melayu ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, dan lebih banyak lagi dilakukan oleh universiti.Lain-lain22.09.2020
Saya ingin mengetahui format menulis minit mesyuarat yang terbaru?Format penulisan minit mesyuarat  adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.Lain-lain19.11.2010
Sumang Wahid MON 4:17PM Sumang Wahid Sumang Hi. Saya cuma ingin beritahu ada sedikit ralat dalam Activity Book English Year 3 SK. Unit 13, muka surat 82. Lajur 7 baris 2 (ke bawah) TWENTYSIX. Terima kasih.Selamat pagi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Pihak kami akan membuat pembetulan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.08.2016
Saya telah menggunakan laman ini untuk merujuk kepada kesalahan ejaan. Daripada bahagian KOLEKSI Lembar Bahasa, saya dapati terdapat sebilangan ejaan pada ruangan ejaan betul telah disalah eja. Contohnya, ejaan cedekiawan dan fefinisi telah dieja salah tetapi diletakkan dalam lajur ejaan betul. Saya berharap agar kesilapan ini akan diteliti dan dibuat pembetulan kerana laman ini menjadi rujukan kepada saya dan anak-anak murid saya. Sekian, terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengambil maklum dan tindakan hal yang berkenaan.Ejaan15.07.2014
Format terkini berkenaan cara penulisan minit mesyuarat yang terkini yang dikeluarkan oleh DBP ? Mohon email jika ada . TKUntuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.Lain-lain10.05.2012
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara penggunaan frasa 'terhad kepada' dan 'terhad pada'? Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan muka surat 275, ayat 258, "Ketika darurat, pergerakan mereka terhad pada kawasan itu sahaja." Manakala menggunakan Carian Umum PRPM, carian "terhad pada terhad kepada", melalui lajur "Juga ditemukan dalam", domain khidmat nasihat, terdapat pertanyaan Tatabahasa 28.02.2012 yang menunjukkan bahawa ayat "Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran." adalah betul. Hal ini bermaksud "terhad kepada" digunakan juga. Bolehkah 'pada' ditukar ganti menjadi 'kepada' dalam konteks penggunaan ini ataupun sebaliknya? Terdapatkah perbezaan antara kedua penggunaan ini? Terima kasih!Perbezaan penggunaa kata sendi nama "kepada" dan pada ialah, kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad manakala kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Tatabahasa17.01.2022
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA?Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain05.01.2012
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini

Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat.

 

Lain-lain18.01.2010
12

Kembali ke atas