Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aminophyllineaminofilinaKimiaForensikSebatian yang digunakan untuk merawat penyakit lelah, emfisema dan bronkitis. Kegunaannya kini dilarang kerana boleh menyebabkan alergi. Ia diberikan kepada pesakit secara perlahan-lahan, contohnya ubat pada dos 500 mg disuntik dalam tempoh 20 - 40 minit. Kesan sampingannya termasuk sakit perut dan usus, loya dan muntah, tekanan darah rendah, takikardia, nadi jantung yang tidak seragam atau cepat, dan gemuruh. Kematian telah dilaporkan akibat pengambilan pada dos 0.1 g secara intravena atau 25 mg/kg - 100 mg/kg secara supositori rektal.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.

Kembali ke atas