pitting | nyahinti; tanaman lubang;bopeng | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bentukan rongga-rongga bulat secara tempatan pada permukaan logam disebabkan kakisan atau elektropenyaduran tak seragam.,2. Perbuatan menggali lubang pit.,3. Suatu bentuk kegagalan gigi gear, disebabkan pelinciran tak sempurna di bawah tekanan gigi yang besar. |
nasal cavity | rongga hidung | Perubatan | Tiada | Rongga yang mengunjur dari lubang hidung luar ke bahagian farinks. Rongga ini terbahagi kepada bahagian kiri dan kanan septa hidung. |
underground blowout | semburan keluar bawah tanah | Kejuruteraan | Petroleum | Aliran gas, air garam atau bendalir-bendalir yang keluar dari lubang telaga masuk ke dalam formasi di subpermukaan yang berhampiran dengan lubang telaga berkenaan. Aliran ini berlaku akibat tekanan hidrostatik di lubang telaga lebih besar daripada tekanan di formasi atau terdapatnya gua, rekahan atau rongga-rongga yang besar pada formasi berkenaan. |
kettle | cerek | Geografi | Tiada | Lubang atau rongga di dasar sungai. |
alveolus | alveolus | Geologi | Tiada | 4. Rongga atau lubang yang kecil pada invertebrat. |
cavitation | peronggaan | Fizik | Akustik | Pembentukan lubang atau rongga yang berisi gas atau wap di dalam cecair oleh daya mekanik. |
excavation | pengorekan; korekan | Perubatan | Tiada | 1. Pengorekan: Proses membuat rongga atau lubang. |
excavatio | ekskavasi | Perubatan | Tiada | Istilah umum untuk struktur yang mempunyai rongga atau lubang. |
sinkhole | lubang benam | Geologi | Tiada | Lubang yang menganjur dari permukaan ke suatu rongga di bawah tanah dan terbentuk umumnya oleh rembesan air permukaan melalui batuan kars. |
epidural blood patch | tampalan darah epidura | Perubatan | Tiada | Prosedur memasukkan darah autologus ke dalam rongga epidura sebagai salah satu cara melegakan sakit kepala pascadura akibat tusukan dura. Darah autologus yang disuntik ke dalam rongga epidura akan menutup lubang tusukan dura dan seterusnya menghalang kebocoran cecair saraf spina. |