Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelong[gE.lN]kata adjektif1. berkenaan pergerakan seperti putaran roda, berjalan yang tidak lurus dan lancar, bengkang-bengkok.Gerek dia gelong, pasai roda dia kiat.[gE.rE/ di.jA gE.lN pA.sAj ro.dA di.jA ki.jAt]Basikalnya bergerak tidak lurus kerana rodanya bengkok.
ceding[tS«.diN]kata adjektifberkenaan ekor yang tegak, keras, lurus atau tegang; cedin.Lembu tu tekejot, dia lari ceding ekoq.[l«m.bu tu t«.k«.dZot di.jA lA.Òi tS«.diN E.kâÖ]Lembu yang terkejut itu lari dengan ekornya tegak.
cedin[tS«.din]kata adjektifberkenaan ekor yang tegak, keras, lurus atau tegang; ceding.Lembu tu tekejot, dia lari cedin ekoq.[l«m.bu tu t«.k«.dZot di.jA lA.Òi tS«.din E.kâÖ]Lembu yang terkejut itu lari dengan ekornya tegak.
melelong[m«.lE.lN]kata adjektifberkenaan berjalan yang tidak sempurna tidak lurus, tidak tentu arah (berkenaan orang, kenderaan dan lain-lain).Kereta tu melelong pasai taya dia pecah sebelah.[k«.ÒE.tA tu m«.lE.lN pA.sAj tA.jA di.jA p«.tSAh s«.b«.lAh]Kereta itu bergerak tidak tentu arah kerana tayarnya pecah sebelah.

Kembali ke atas