Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
linearlinearPerihal sesuatu yang lurus atau berbentuk lurus.Menengah Rendah
garis lurus penyuaian terbaikline of best fitGaris lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajahMenengah Atas
serenjangperpendicularSifat garis lurus yang bersudut tegak dengan garis lurus yang lain. Lihat ContohSekolah Rendah
serenjangperpendicularPerihal garis lurus yang bersudut tepat (90°) dengan garis lurus yang lain.Menengah Rendah
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bertemu atau bersilang dengan satu garis lurus tertentu pada sudut tegak. Lihat ContohMenengah Rendah
garis serenjangperpendicular linesGaris lurus yang bertemu atau bersilang dengan satu garis lurus lain pada sudut tegak. Lihat ContohSekolah Rendah
sekansecantGaris lurus yang memotong lengkung pada dua atau lebih titik. 2. sek θ = 1 . Singkatannya ialah sek θ. kos θMenengah Atas
pepenjurudiagonalGaris lurus yang menyambungkan dua bucu yang tidak bersebelahan bagi bentuk dua dan tiga dimensi. Lihat rajahMenengah Atas
diameterdiameterGaris lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan bulatan atau sfera dan melalui pusat bulatan atau sfera tersebut. Lihat rajahMenengah Atas
pepenjurudiagonalGaris lurus yang menyambung dua bucu yang tidak bersebelahan bagi sesuatu poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
123456

Kembali ke atas