Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
paksiaxisGaris lurus khayalan yang melalui pusat objek yang berputar.Menengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat RajahSekolah Rendah
paksi utamaprincipal axisGarisan lurus yang melalui pusat kanta dan pusat kelengkungan kanta atau kutub cermin dan pusat kelengkungan cermin.Menengah Atas
segi tigatriangleBentuk dengan tiga sisi lurus dan tiga sudutnya berjumlah 180°. Lihat RajahSekolah Rendah
alur cahayalight beamPancaran cahaya dalam garis lurus. Lihat RajahSekolah Rendah
silindercylinderObjek yang mempunyai satu permukaan yang melengkung, panjang, lurus dan dua hujung bulat yang sama saiz. Lihat RajahSekolah Rendah
pantulan cahayareflection of lightSinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat RajahSekolah Rendah
dayaforceKeupayaan untuk mengubah keadaan jasad yang pegun atau yang sedang bergerak dalam garisan lurus. Daya dapat memulakan, menghentikan dan juga mengubah bentuk dan arah gerakan.Menengah Rendah
gerhana mataharisolar eclipseFenomena semula jadi yang berlaku pada matahari, iaitu apabila bulan terletak pada satu garisan lurus di antara bumi dengan matahari. Lihat RajahMenengah Rendah
gerhana bulaneclipse of the moonKejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas