Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lejo[l«.dZ]kata adjektifberkenaan sesuatu yang lurus.Gareh dengan pembareh, nampak lejo sikit.[gA.Äeh d«.NAn p«m.bA.Äeh nAm.pA/ l«.dZ si.kit]Garis dengan pembaris, nampak lurus sikit.
jujut[dZu.dZut]kata adjektifberkenaan cara bergerak atau berjalan beriringan dalam satu barisan lurus.Mase cuti raye, kerete jujut kat jalan raye.[mA.s« tSu.ti ÄA.j« k«.ÄE.t« dZu.dZut kAt dZA.lAn ÄA.j«]Masa cuti raya, kereta jujut di jalan raya.

Kembali ke atas