Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
دض( تسار )rāst, mostaghīm( ميقتسم ،تسار )rāstā, jahat( تهج ،اتسار )rāstī( ىتسار )rāz̤ī( ىضار )rāmbūtān( ناتوبمار )rān( نار )rānande( هدننار )rāh-e khorūj( جورخ هار selesa radio rahsia kepala kanan lurus arah, arahan kebenaran memuaskan rambutan paha pemandu pintu keluar comfortable radio secret, mystery head right straight direction truth satisfied rambutan thigh driver exit ر Kamus Parsi.indb 71 5/18

Kembali ke atas