Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rus] | لوروس

Definisi : 1 tidak bengkok; tidak lengkung: jalan yg ~. 2 tegak betul: Askar itu berdiri ~. 3 tidak mahu menipu; jujur; benar: Dia ~ dan setia kpd tuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Bermaksud :

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris LurusKeris LurusKerisTiadaKeris yang berbentuk lurus dan tidak berkeluk.
straight-line mechanismmekanisme garis lurusMekanikGunaanPautan yang mewakili satu titik yang bergerak pada garis lurus, atau hampir-hampir garis lurus, tanpa dipandu oleh permukaan satah, kebanyakan mekanisme ini direka bentuk pada masa dahulu apabila permukaan datar tidak dapat dimesin sebagai pemandu. Contoh mekanisme garis lurus termasuklah mekanisme Watt, mekanisme Scott-Russell, mekanisme Robert, mekanisme Tchebysheff dan mekanisme Peaucillier.
offsetofsetTeknikElektrik1. Bentuk objek yang lurus membengkok sedikit dan lurus semula. Contohnya, bentuk pembuluh yang masuk ke dalam kotak peralatan. 2. Kaedah pemindahan ukuran daripada objek kepada lukisan autografik.
not straightserongSukanTiada1. Lontaran bola yang tidak lurus semasa baris lurus.
rectilinear motiongerakan melurusMekanikGunaanGerakan yang laluannya berbentuk garis lurus. Sinonim gerakan garis lurus. Bandingkan gerakan melengkung.
thiessen polygonpoligon thiessenHidrologiTiadaPoligon yang terbentuk oleh pembahagi dua-sama tegak lurus beberapa garis lurus yang menghubungkan stesen curahan hujan yang berdampingan.
abhanggaabhanggaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKajian ikonografi dalam menentukan lurus atau sengetnya satu garis lurus yang dapat diukur dari bahagian tengah mahkota atau rambut ke bahagian dagu, dari dagu ke pusat dan dari pusat ke bahagian buku lali kaki. Biasanya, kedudukan arca ini tidak berdiri lurus sepenuhnya dan dapat dilihat sama ada bahagian badan atau pinggangnya yang bengkok sedikit, sama ada ke kanan atau ke kiri. Abhangga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud diri tegak.
straight sleeveslengan lurusKesenianTiadaLengan yang kelim sisinya lurus.
straight strokegurisan lurus tegakPentadbiran PerniagaanTiadaGurisan trengkas yang lurus menegak.
straight ruffleropol lurusKesenianTiadaRopol yang diperbuat daripada jalur lurus sama ada dari ira memanjang atau ira menyerong.
12345678910...

Kembali ke atas