Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tulus hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lurus akaltulus hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
lurus1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan se­suatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerdik1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerdik1. lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2. banyak tipu muslihatnya; pandai berputar-belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. kecerdikan 1. sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2. sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan.Kamus Pelajar
condong1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat.Kamus Dewan Edisi Keempat
surih1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawah­nya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawah­nya); menyurihkan membuat garisan, menggaris­kan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api­-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan per­bualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasa­nya radioaktif) utk mengesan taburan, per­jalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk me­ngenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruas Ibahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kayu I1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tum­pat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mem­punyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami peruba­han musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi mis­kin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokok­pokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manis­manis pedas rasanya (digunakan dlm ma­sakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pe­ngancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk meng­ukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perban­dingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelan­jaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas