Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lap] | مالڤ

Definisi : 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb); memalapkan 1.menjadikan malap, memu­darkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah­ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lap] | مالڤ

Definisi : tidak bercahaya terang; hampir padam (bkn pelita dll); suram: ~ bagai pelita kekurangan minyak. memalapkan menjadikan malap: Dia ~ api pelitanya. pemalap, = ~ lampu alat atau peranti utk mengubah-ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malap (adjektif)
Bersinonim dengan muram, suram, pudar, kelam, samar-samar, remang-remang, buram, pusam, kabur, kabut, kabus, redup, mamang, aram-meraram, bureng, pirau, melindap, guram;,
Kata Terbitan : memalapkan, kemalapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
faint companion starsbintang pendamping malapMatematikTiadaBintang malap yang menjadi pendamping kepada sesetengah bintang yang cerah.
dim (It)malapKomunikasi MassaTiadaTiada
dim lightingpencahayaan malapKomunikasi MassaTiadaTiada
dull lustrekilau malapGeologiTiadaTiada
dull lustrekilau malapKejuruteraanTiadaTiada
dilute flame methodkaedah nyalaan malapKimiaTiadaTiada
dusksenjaGeografiTiadaCahaya malap matahari yang dipantulkan di bahagian lapisan atas atmosfera ke permukaan bumi setelah matahari menenggelami ufuk.
CygniCygniMatematikTiadaBintang malap dalam buruj Cygnus yang paling hampir dengan matahari.
nightglowteja malamGeografiTiadaCahaya malap pada waktu malam akibat sinaran daripada gelombang-gelombang ultraungu yang terionisasikan.
airglowkilauan malamPerikananTiadaKilauan malap yang kelihatan di langit pada waktu malam yang disebabkan oleh pancaran cahaya daripada molekul natrium, oksigen dan nitrogen yang diaktifkan oleh cahaya matahari pada waktu siang.
1234

Kembali ke atas