Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fractiousadj peevish, (of child) meragam; (of adult) marah-marah, merengus: the old lady was ~ today, wanita tua itu marah-marah saja hari ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start ~ in on, attack with words, marah-marah pd: I know nothing about this. Don’t ~ in on me, saya tdk tahu apa-apa ttg hal ini. Jangan marah-marah pd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irascibleadj (fml) lekas /naik marah, marah/, pemarah: an ~ old man, orang tua yg lekas naik marah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irascibilityn (fml) sifat lekas /naik marah, marah/, sifat pemarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stump vi walk heavily and stiffly, stomp, berjalan /merentak-rentak, menghentak-hentak/: she ~ed out in a temper, dgn marah-marah dia keluar dgn berjalan merentak-rentak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
angryadj 1. strongly displeased, marah, meradang, gusar, berang; (of God, royalty) murka: he was ~ at being beaten, dia marah krn dikalahkan; to be ~ with so., marah kpd sso; /become, get/ ~, menjadi /marah, gusar, berang/, naik /marah, radang, berang/; (of God, royalty) menjadi murka; 2. showing anger, marah, meradang, gusar, berang; (of God, royalty) murka: in an ~ voice, dgn suara marah; an ~ expression, air muka marah; ~ words, kata-kata yg menunjukkan /kemarahan, kegusaran, keberangan/; 3. stormy, a. (of sea) bergelora; b. (of sky, clouds) gelap pekat; 4. inflamed, radang: an ~ wound, luka radang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
miffedadj (colloq) marah sedikit, agak marah: he was ~ at the treatment he received, dia marah sedikit disebabkan layanan yg diterimanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
churlishadj a. bad-tempered, merengus; (habitually) perengus, suka merengus: is he always ~ on Monday mornings?, adakah dia sentiasa merengus pd setiap pagi Isnin?; a bad-tempered, ~ bus conductor, konduktor bas yg suka marah-marah dan perengus; b. impolite, kurang sopan: it was rather ~ of him to reject the president’s invitation, kurang sopannya dia menolak undangan presiden.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crossadj angry, marah: his father is ~ with him, ayahnya marah padanya; give so. a ~ look, memandang sso dgn marah; have ~ words with so., bertengkar dgn sso; n 1. upright post with a bar intersecting it near the top, salib: a martyr who died on the ~, seorang martir yg mati di atas salib; 2. symbol of the Christian faith, salib; (on a chain), (loket) salib: she wore a gold ~ around her neck, dia memakai salib emas di lehernya; 3. also sign of the ~, tanda salib: to make the sign of the ~, membuat isyarat tanda salib; 4. cross-shaped mark, (tanda) palang; (in the form of an ‘X’) tanda pangkah: a blue ~ on a white background, palang biru berlatarbelakangkan warna putih; there were more ~es than ticks on his examination paper, terdapat lebih banyak tanda pangkah drpd tanda rait pd kertas peperiksaannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indignantadj marah: the ~ students held a protest meeting, penuntut-penuntut yg marah itu mengadakan mesyuarat utk membantah; he was ~ at the way his wife was treated, dia marah krn cara isterinya diperlakukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas