Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.ta.bat] | مرتبت

Definisi : martabat kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat: dianugerahinya aku ~ yg amat besar; bermartabat mempunyai martabat: manu-sia yg bermaruah dan ~; memartabatkan menjadikan sesuatu ber­martabat: banyak yg boleh dilakukan utk ~ sastera Melayu; kemartabatan perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman; pemartabatan perihal (usaha dsb) memar­tabatkan: pd masa yg sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~ baha-sa tentunya bersewenang-wenang dgn peng-gunaan bahasa asing; pemartabat pihak (orang atau golongan) yg memartabatkan: sbg pejuang dan ~ ba-hasa, kita harus bersedia berdepan dgn ber-bagai-bagai masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mar.ta.bat] | مرتبت

Definisi : tingkatan atau taraf (dlm kedudukan, keturunan dll): Seseorang raja yg memerintah mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
martabat (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, kedudukan, taraf, status, pangkat, kufu, tahana;,
Kata Terbitan : bermartabat,

Peribahasa

Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Bermaksud :

Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Martabat Bahasa Melayu perlu dipertahankan: Dr TeoMarryan RazanNew Sabah Times18.07.2008
Martabat bahasa Melayu agenda nasionalTiadaUtusan Malaysia08.11.2008
Martabat bahasa Malaysia perlu sokongan pemimpinNurhafiza Hassan, Riswandi Razak & Arthur AmbroseSinar Harian02.12.2008
Martabat bahasa Melayu, kuasai bahasa InggerisIzmarSiasah20.01.2008
Martabat bahasa Melayu berteras tulisan JawiTiadaBerita Harian22.10.2007
Martabat tulisan jawiTiadaHarian Metro05.11.2007
Martabat maruah cintaMohd. Yusman AwangKosmo30.10.2007
Martabat tulisan jawiMohd Amin JalilHarian Metro13.07.2007
Martabat karya sastera MelayuNorhayati NordinHarian Metro06.07.2006
Martabat bangsawan menyerlah semulaAbdul Halim AliMingguan Malaysia (Sudut Sastera)13.08.2000
12345678910...

Kembali ke atas