Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta.kan] | ملتاکن

Definisi : memberi leta, memalukan, mengeji­kan, menghinakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
leta (adjektif)
Bersinonim dengan hina, keji, cacat, cela, lata, asfal, aib, nista, terkutuk, safil, mesum, jijik, tidak baik;,
Kata Terbitan : meletakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERMOHONAN UNTUK MELETAKAN BANNER..MINTA KELULUSANUntuk pengesahan bahasa Melayu, sila hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP).Lain-lain26.11.2014
assalamualaikum,admin boleh saya bertanyakan mengenai pengunaan darjat kebesaran ? saya sentiasa keliru `perlukah kita meletakkan Tan sri dato seri ahmad albab' ataupun hanya perlu meletakan ~Tan Sri Ahmad Albab~ ini kerana jika sy tidak terkhilaf meletakan perkataan Tan sri sahaja sudah cukup kerna Tan Sri adalah pengurniaan dari yang Di-pertuan Agung ..mohon admin bantu sayaSusunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, seperti nama YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ dan Tan Sri Dato' Seri Ahmad Albab.Tatabahasa13.03.2013
Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TKJenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga.Tatabahasa18.06.2012
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD

 

 

1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya,   PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan.

 

Lain-lain14.01.2020
saya ingin membuat semakan format emel rasmi. adakah menjadi kesalahan meletakan semua perkataan dalam huruf besar pada subjek emel? boleh berikan format emel terkini sebagai rujukan?Tidak ada format e-mel rasmi dalam sumber rujukan kami, melainkan penggunaan bahasa yang baik dan betul. Justeru, penggunaan huruf besar pada semua perkataan atau huruf besar perkataan pertama boleh digunakan.Lain-lain01.08.2016
Salam sejahtera, terdapat sesetengah perniagaan khidmat fotografi menjalankan perkhidmatan hingga keluar negara. Peniaga telah meletakan perkataan "Perkhidmatan Fotografi Luar Negara". Pohon pandangan dari pihak tuan, adakah perkataan ini sesuai. TK

'Perkhidmatan Fotografi Luar Negara' adalah betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa25.11.2011
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan 2 'k' di hujung perkataan atau 2 'g'. contoh : menggalakkan atau menggalakan meletakkan atau meletakanPenggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.Tatabahasa28.10.2009

Kembali ke atas