Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.rus.kan] | ملوروسکن

Definisi : menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.rus.kan] | ملوروسکن

Definisi : menjadikan lurus; menegakkan; membetulkan supaya lurus: Ia mencuba ~ tangannya yg terasa lenguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Peribahasa

Seperti hendak meluruskan ekor beruk.

Bermaksud :

Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Yang mana satu yang betul? a) Menyempurna, merapat dan meluruskan saf-saf solat b) Menyempurnakan, merapatkan dan meluruskan saf-saf solat Terima kasih.Frasa kedua yang betul "...menyempurnakan, merapatkan dan meluruskan saf-saf solat...".Tatabahasa21.01.2014
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuanKetiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
Saya nama Asyah Tohyoh Pelajar Bahasa Melayu dasar ingin bertanya tentang Bahasa melayu Apakah makna belunjur Terima kasihMenurut data kami ejaan yang betul ialah "berlunjur" bermaksud meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berlunjurMakna03.11.2015

Kembali ke atas