Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mal.su.kan] | مملسوکن

Definisi : melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mal.su.kan] | مملسوکن

Definisi : membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014

Kembali ke atas