Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sa/] | مماسق

Definisi : mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sa/] | مماسق

Definisi : memasang pasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.sa/] | مماسق

Definisi : membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasak (kata nama)
Bersinonim dengan baji, sendal, tanggel, ganjal, sumbat, pantek;,
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, memasak,

Puisi
 

Sayang Cik Tapang memasak harum,
     Dimakan orang kampung Seladak;
Sudah terpandang tuan tersenyum,
     Seribu ringgit saya kehendak.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011
1. Ayat soalan yang manakah betul? Apa ini? ATAU Ini apa? 2. Adakah ayat berikut betul? Saya dan kawan saya belajar memasak nasi?1. Apa ini? ATAU Ini apa?
Kedua-duanya boleh digunakan.


2. Saya dan kawan saya belajar memasak nasi?
Betul. Boleh digunakan.
 
Belajar apa?
Belajar memasak
Memasak apa?
Memasak nasi
= BELAJAR MEMASAK NASI
Makna19.06.2017
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul.Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'.Tatabahasa20.12.2007
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur.1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis.Tatabahasa21.05.2009
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi?1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja.

2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan.
Lain-lain29.03.2021
Adakah ayat "Ibu memasak makanan di dapur." betul? Perkataan memasak ialah kata kerja transitif atau tak transitif?Ayat yang diberikan adalah betul. Perkataan  "memasak" dalam ayat ini ialah kata kerja transitif.Tatabahasa21.04.2016
Betul atau salah penggunaan kata memasak dalam ayat-ayat berikut: Ayat 1: Ibu memasak ikan goreng di dapur. Ayat 2: Ibu memasak mi goreng di dapur.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga menggunakan ayat “Ibu menggoreng ikan di dapurdan Ibu menggoreng mi di dapur sebagai altenatif.

Tatabahasa19.08.2023
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima KasihKetiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan  yang berlainan.  Ayat  kedua yang betul  ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif.  Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa04.03.2009
Saya ingin bertanya, apakah status ayat dalam contoh ini: Ahmad sedang belajar memasak asam laksa. Terdapat dua kata kerja, adakah "memasak asam laksa merupakan unsur keterangan? Adakah belajar kata kerja tak transitif berpelengkap atau tanpa pelengkap? Terima kasih.Ayat ini merupakan ayat tak transitif. Frasa memasak asam laksa merupakan keterangan . Kata belajar ialah kata kerja tak transitif dengan keterangan kerana ayat Ahmad sedang belajar sudah lengkap dan frasa yang mengikutinya merupakan keterangan.     Tatabahasa03.06.2008
12345678910

Kembali ke atas