Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust cutoutpintasan mati ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti berbentuk Y yang berfungsi sebagai injap yang diletakkan di talian ekzos sebelum gas ekzos memasuki peredam bunyi. Peranti ini berfungsi mengawal laluan gas ekzos sama ada memasuki ekzos atau melencongkan aliran tersebut ke paip yang lain tanpa memasuki peredam bunyi.
air cleanerpembersih udaraKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti penapis udara yang memasuki enjin untuk proses pembakaran. Penapis ini boleh menyingkirkan sebarang bendasing. debu, kotoran dan serangga daripada memasuki kebuk pembakaran. Unsur pembersih udara biasanya diperbuat daripada kertas berlisu. Sinonim penapis udara.
congestion pricingbayaran kesesakanSosiologiTiadaSistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna kenderaan bermotor yang memasuki kawasan dalam sesebuah bandar untuk mengawal jumlah kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan.
congestion pricingbayaran kesesakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna kenderaan bermotor yang memasuki kawasan dalam sesebuah bandar untuk mengawal jumlah kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan.
moisture controlkawalan lembapanPergigianTiadaKaedah mengawal lembapan daripada memasuki kawasan kerja seperti kaviti atau kanal akar gigi supaya tidak dikontaminasikan. Ia dilakukan dengan menggunakan empangan getah, gulungan kapas atau penyedut air liur. Kaedah ini penting untuk menghalang mikroorganisma daripada memasuki kanal akar atau untuk menjamin mutu restorasi yang dilakukan.
tapewormcacing pitaPerubatanTiadaCacing parasit yang terdapat di dalam usus. Cacing ini berbentuk pipih seperti pita dan bersegmen; telur cacing tersebut memasuki saluran makanan perumah perantara, dan seterusnya memasuki tisu untuk membentuk sista; apabila perumah perantara dimakan, sista tersebut berkembang di dalam saluran makanan perumah yang baru ini dan menjadi cacing pita dewasa.
holding bayruang menahanAeroangkasaTiadaKawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas.,Satu jidar yang selari dengan perentas min iaitu pusat graviti pesawat udara berada di hadapan titik olah gerak untuk keadaan kayu tetap dan kayu bebas.,Kawasan sebelum memasuki landasan terbang yang pesawat udara perlu berhenti dan menunggu giliran berlepas.
sensory gatingpengegetan deriaPsikologiPsikologi UmumProses yang menyekat impuls tertentu dan mengizinkan impuls yang lain memasuki otak. Contohnya, dalam pengegetan deria sakit dalam batang spinal, Melzack dan Wall (1996) mendapati satu deria sakit akan menghapuskan atau menghalang deria sakit yang lain daripada memasuki atau dipanjangkan ke otak. Menurut teori kawalan pengegetan, mesej sakit daripada pelbagai gentian saraf akan melalui �get� saraf yang sama dalam batang spinal. Jika �get� ini ditutup oleh satu mesej sakit, mesej lain tidak akan dapat melepasinya. Contohnya, dalam kaedah lawan keradangan seperti yang dilakukan dalam rawatan akupunktur, badan yang ditusuk dengan jarum halus, sama ada dipanaskan atau dialirkan arus elektrik menyebabkan kesakitan kecil yang timbul akan menyekat kesakitan yang lebih teruk dengan cara menutup pintu saraf.
age at entry into labour forceumur memasuki tenaga buruhKependudukanTiadaTiada
simultaneous offsideofsaid serentakSukanTiadaMemasuki secara serentak kawasan larangan oleh dua pemain yang bertentangan.
12345678910...

Kembali ke atas