Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ning.kan] | ممنيڠکن

Definisi : 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ning.kan] | ممنيڠکن

Definisi : 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Eliyahu Ezra Jul 25th, 11:58am Mana yang betul? Anti~DBP atau AntiDBP? . No wonder sa gagal BM. Ejaan Bahasa Malaysia / Melayu berubah saban tahun. Memeningkan pelajar sahaja. R.I.P Bahasa, Malaysia Welcome Bahasa Indonesia.Selepas Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 tiada lagi perubahan yang berlaku pada system ejaan. Apa yang berlaku mungkin kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang baru mengetahui tentang perubahan tersebut. Mohon kerjasama puan memaklumkan kepada kami jika berlaku perubahan ejaan pada saban tahun seperti yang diperkatan tersebut.Lain-lain25.07.2015
NO PORK, NO AFTER-TASTE, NO HEADACHE. bolehkah diterjemah sebagai TIADA DAGING HARAM, TIADA RASA PAHIT, TIADALAH/HILANGLAH SAKIT KEPALA ?Tiada daging babi/khinzir, tiada kesan, tidak memeningkan kepalaEjaan09.08.2006
Saya memerlukan huraian terperinci untuk memahami fungsi imbuhan men-...-kan dan men-...-i dalam kata kerja transitif aktif. kesukaran saya memahami penggunaan imbuhan apitan dalam kata kerja ini amat memeningkan kepala. walaupun penerangan tentang imbuhan ini dalam buku tatabahasa agak jelas pada mulanya namun apabila diajukan pertanyaan ataupun ayat yang baru ia agak menyukarkan saya sama ada akan menggunakan imbuhan men...kan ataupu meng...i dalam memastikan penggunaan imbuhan ini tepat dan gramatis dalam ayat. sebagai contoh diperturunkan contoh penggunaan imbuhan ini sebagai mana yang tercatat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 372. ayat 1: Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.( betul) ayat 2 : Ahmad menghadiahi Ali buku.(betul) berdasarkan contoh ayat di atas saya memerlukan huraian yang terperinci penggunaan imbuhan tersebut dalam ayat dan cara untuk memahami penggunaan imbuhan ini apabila berhadapan dengan ayat yang berbeza dalam sesebuah petikan atau rencana. Adakah terdapat perbezaan hukum penggunaan imbuhan ini apabila sesuatu ayat itu mengandungi satu objek ataupun dua objek.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.
Tatabahasa11.10.2012
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVENKata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik.Tatabahasa28.07.2011
Assalamualaikum. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan saya ini. Always know who has access to which accounts Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada "akaun mana" Yang saya tahu "mana" tidak boleh digunakan dalam ayat pernyataan (bukan soalan), jadinya apa pilihan alternatif yang sesuai utk ini. Boleh saya tahu apa logiknya perkataan apa, siapa, di mana, kena, bagaimana tidak boleh digunakan dlm ayat pernyataan? Dan perlukan BM sangat berlawanan berbanding bahasa lain cth bahasa Inggerris dan bahasa Arab (yang membenarkan) kerana ini menyebabkan kerja menterjemah menjadi sukar. Saya ingin sangat tahu apa logiknya di sebalik peraturan yg "tak tercapai dek akal" dan tidak membantu ini. Tidak bolehkah dibolehkan semua penggunaan perkataan-perkataan ini dalam ayat bukan soalan? Penyeragaman juga akan menjadikan penulisan dan penterjemahan jadi mudah dan orang tak keliru, contohnya "sejauh mana" boleh pula digunakan "mana" walaupun dalam ayat bukan soalan. Saya harap pihak tuan dan pakar-pakar bahasa boleh pertimbangkan sewajarnya. Ini penting dalam perkembangan BM. Ia mesti mudah dibaca, dipelajari, diterjemah dan ditulis. barulah orang akan suka guna BM dan kurang pilih BI. Tak perlu buat terlalu banyak peraturan yang memeningkan kepala dan mengelirukan.Setiap bahasa ada rumusnya tersendiri. Tatabahasa bahasa Melayu baku telah lengkap disusun dan kemas kini hanya dilakukan sekiranya ada dapatan baharu yang berwibawa dan boleh dibuktikan dengan lengkap serta nyata. Dalam bahasa Melayu kata tanya seperti bilabagaimanaapa dan siapa digunakan dalam ayat tanya. Dalam wacana bahasa Melayu sangat jelas tentang fungsi perkataan tersebut dalam ayat tanya seperti Mereka sampai bila? Yang di dalam kotak itu apa? Namun, berlaku sedikit kekeliruan dalam penterjemahan kerana kita terikat dengan makna sesuatu perkataan secara tunggal seperti kata which yang biasanya diterjemahkan kepada yang mana. Walau bagaimanpun, perkara ini boleh diatasi dengan menjadikan kata tersebut sebagai kata ganda dan secara tidak langsung tidak lagi berfungsi sebagai kata tanya. Contohnya, terjemahan tersebut boleh diubah menjadi "Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada mana-mana akaun.Tatabahasa14.07.2021

Kembali ke atas