Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.naÖ.jub.kan]/[me.nak.jub.kan] | منعجوبکن

Definisi : mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan: kesaktian Wira Pati sangat ~ Sang Nata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.naÖ.jub.kan]/[me.nak.jub.kan] | منعجوبکن

Definisi : menimbulkan rasa tak­jub; menghairankan; meng­a­gumkan: Ke­­saktiannya ~ sekalian yg hadir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takjub (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kagum, hairan, tercengang, terpesona, kaget, terperanjat, terkejut, pelik, aneh, ganjil, ajaib;,
Kata Terbitan : menakjubkan, ketakjuban,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hierophanyherofaniKesusasteraanTiadaSuatu manifestasi yang menakjubkan dan kudus. Apabila manifestasi dizahirkan melalui objek alam atau manusia, manifestasi disebut sebagai �elementary hierophany�. Jika manifestasi dizahirkan melalui penjelmaan kehadiran Tuhan, manifestasi itu disebut sebagai �supreme hierophany�. Manifestasi ini dikaitkan dengan karya sastera yang bertemakan mistisisme dan tasawuf. Istilah herofani dikemukakan oleh Mircea Eliade. Lihat juga numina.
epoch-makingmenempa sejarahSejarahTiadaPerihal sesuatu yang menakjubkan berlaku sama ada tindakan, proses, kejadian dan sebagainya yang merupakan sesuatu yang menjadi ingatan sezaman.
RomanesqueRomanesqueKesusasteraanTiadaUnsur roman yang penuh fantasi atau menakjubkan dalam sesebuah hasil karya.
wonder talesdongeng ajaibKesusasteraanTiadaCerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.
special spectacular effectkesan khas gemilangKomunikasiKorporatHasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini.
news elementunsur beritaKomunikasiTiadaCiri kejadian atau perkara yang menarik perhatian khalayak seperti perkara yang melibatkan kepentingan awam, semasa, ganjil atau menakjubkan.
misteriosomisteriosoMuzikTiada

Gaya persembahan yang menakjubkan dan menghasilkan perwatakan muzik yang aneh.

witwitKesusasteraanTiada1. Keupayaan yang berhubung dengan akal, budi, fikiran, kecerdasan otak.,2. Gaya pengucapan dalam puisi yang padat dan cergas yang dilakukan untuk menghasilkan kesan yang menarik dan menakjubkan pendengar.
fancykhayalanKesenianSeni BinaPermainan fikiran melalui bayangan atau khayalan, lucu dan mempunyai sifat yang jauh berbeza daripada realiti yang sebenar. Contohnya, seseorang pereka biasanya akan menggunakan idea yang diperoleh menerusi khayalan mereka sebelum menghasilkan sesuatu rekaan yang kadangkala menakjubkan.
12

Kembali ke atas